Sunday 15 January 2012

Sejarah Sekolah


Sekolah Menengah Kebangsaan Padang  Negara mula beroperasi pada tanggal 2 Januari 2004. Sekolah ini adalah salah sebuah sekolah kawalan yang terletak di Jalan Budiman, 20400 Kuala Terengganu. Keseluruhan pelajarnya datang dari penduduk berdekatan  di sekitar Kuala Terengganu.  Lokasi Sekolah ini terletak bersebelahan dengan SMK Seri Budiman dan terletak kira-kira 4 kilometer dari Kuala Terengganu SMK Padang Negara   dibina di kawasan yang strategik  dan dilengkapi dengan pelbagai prasarana. Ia menjanjikan iklim dan kemudahan pembelajaran yang kondusif kepada siapa sahaja yang ikhlas untuk menimba ilmu di sekolah ini.